Sunday, October 17, 2010

MISI RAWATAN ANNAWAA

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله وحده والصلاة والسلام على من لا نبي بعده
والسلام عليكم ورحمة الله و بركاته


Saudara pengunjung yang dikasihi, dewasa ini penyakit kanser dan gejala serangan jantung merupakan 'the top silent killer' zaman ini. Di mana ramai orang tanpa mengira usia termasuk yang terkenal mati 'secara mengejut' ( موت الفجاءة ) kerana penyakit ini. Kejadian mati mengejut/mendadak seperti ini sememangnya telah disebut dalam hadith Nabi saw sebagai tanda dan realiti akhir zaman. Walaupun demikian bagi yang peka dan berpengetahuan kejadian mati seperti ini mungkin dapat dikurangkan.

Benar, memanglah soal kematian berlaku bila sudah tiba ajal. Namun bukankah tiap suatu itu bersebab? Bukankah kehidupan dunia ini dipenuhi hukum sebab musabab?

Tujuan utama kami ialah ingin menimbulkan kesedaran peri pentingnya pengetahuan dan kepekaan kita tentang gejala dan tanda- tanda awal penyakit 'silent killer' ini sekaligus tentang kaedah rawatan manakah yang seharusnya dipilih.

Banyak kejadian di mana seseorang itu tahu dirinya menghidapi kanser atau masalah jantung setelah penyakit tersebut berada di tahap agak serius atau parah. Ini berlaku kerana diperingkat awal gejala tersebut berlaku mungkin kerana kita tidak tahu maka kita jarang ambil peduli dan serius untuk membuat pemeriksaan apalagi membuat rawatan. Maka tahu- tahu sahaja ia sudah serius atau parah!

Jika anda sememangnya adalah salah seorang penghidap penyakit kronik seperti ini maka janganlah berputus asa. Sebenarnya anda belum menemukan lagi jodoh rawatan yang sesuai. Berikhtiarlah sedaya mungkin dengan mana-mana kaedah rawatan yang diyakini tidak punyai sebarang risiko atau kesan negatif.

Janganlah mudah panik lalu terus menerima 'cadangan' supaya dilakukan sesuatu rawatan berisiko tanpa mengkaji atau memastikan kesan buruk baiknya terlebih dulu. Melainkan jika anda benar- benar telah yakin akan tiadanya kesan negatif atau risiko buruk dari rawatan tersebut.

Pengalaman Rawatan di An-Nawaa:

Di sini kami ingin berkongsi cerita dengan anda tentang kesah benar yang kami alami sendiri dari pengalaman merawat berbagai pesakit yang datang menemui kami. Mudah- mudahan sedikit sebanyak dapat memberikan suatu manfaat & iktibar buat kita bersama:-








Kes Pertama

Satu ketika pernah kami lakukan rawatan terhadap seorang pesakit batu hempedu tanpa sebarang pembedahan, setelah hampir 2 minggu menjalani rawatan tersebut dengan izin Allah batu hempedunya telah hilang dan sakitnya pulih serta keadaannya lebih ceria. Namun pada waktu yg sama kami terpaksa memaklumkan kepadanya berdasarkan scan yang kami lakukan bahawa beliau juga sedang menghidapi kanser hati namun masih ditahap 'awal'.

Beliau yang agak ragu2 dengan pendedahan kami beberapa hari selepas itu terus pergi ke sebuah hospital swasta di selatan tanahair untuk mendapat pengesahan. Di sana pihak hospital tersebut terus 'mengambil sedikit' hati beliau konon untuk membuat analisa dan setelah itu akhirnya mereka juga turut mengesahkan apa yang telah kami beritahu sebelumnya.

Lalu pihak hospital terus lakukan kimoterapi terhadapnya (sungguh pantas). Dua hari kemudiannya isteri beliau menghubungi kami menyatakan hasrat untuk kembali datang membuat rawatan kanser hati berkenaan.

Namun sayangnya hasrat mereka berdua tidak kesampaian. Suaminya lebih dulu meninggal dunia pada hari kelima setelah kemoterapi tersebut dibuat. Isterinya sangat berdukacita dan menyesal atas apa yang terjadi tambahan pula ia berlaku setelah kami berpesan lebih awal agar cubalah dielakkan dahulu seberapa mungkin dari melakukan kimoterapi seandainya pihak hospital mengesahkannya nanti. (kerana sepanjang pengamatan kami majoriti yang menjalani kimo bagi kes kanser hati seperti ini umurnya tidak lama)

Pesakit yang merupakan seorang kakitangan awam itu adalah seorang yang masih muda.

Kes Kedua

Seterusnya pula kami lakukan khidmat 'scan' terhadap seorang pesakit yang mendakwa mengalami lelah serta batuk yang kuat. Setelah kami lakukan scan ternyata lelah dan batuknya itu lebih berpunca dari masalah jantung di samping masalah di paru-parunya. Di mana menurut pengamatan kami keadaan jantungnya ketika itu adalah lebih serius dan bila- bila masa sahaja boleh menyebabkan dia mengalami serangan jantung. Memang orang yang susah pulih dari gejala batuk atau demam biasanya ada 'masalah' di jantungnya!

Malangnya beliau tidak respon atas apa yang kami beritahu mungkin disebabkan kurang percaya kerana menurut sangkaannya dia hanyalah sakit pada paru-parunya sahaja. Maka beliau bercadang mahu terus mengambil ubat anti lelah semata-mata. Ringkasnya selang seminggu kawannya menalifon kami memberitahu bahawa orang tersebut telah masuk hospital kerana mengalami serangan jantung dan tidak lama selepas itu pula terus meninggal dunia.

Kes Ketiga

Dalam kes sebaliknya pula ialah pengalaman kami merawat seorang pesakit jantung kronik yang telah bersetuju untuk menjalani rawatan transplan (tukar jantung). Keadaannya amat kritikal sekali di mana jantungnya hampir tidak berfungsi dengan baik menyebabkan tubuh dan wajahnya pucat lesu sehinggakan beliau mampu bertutur dengan sempurna.

Alhamdulillah dengan izinNYA dalam masa kurang dari 10 hari selepas rawatan pertama keadaan keseluruhan fizikalnya bertambah pulih, makin cergas dan telah mampu bertutur dengan baik. Bila di'scan' kali kedua kami dapati masalah jantungnya pulih melebihi 50% dan seterusnya tidak sampai 30 hari kesihatannya terus bertambah pulih dan lebih sehat. Akhirnya 'transplan' tersebut telah dapat dielakkan!!

Sebenarnya banyak lagi kesah- kesah seperti itu yang melibatkan pesakit kanser jantung dsb.

Catatan : Dalam konteks dua kes kematian di atas seandainya jika mereka berhati-hati, mengerti risiko penyakit yang dihidapi, segera bertindak mencari rawatan sesuai mungkin kematian seperti ini dapat dielakkan. Pernah seorang doktor Homeopathy memberitahu kami kebanyakan pesakit kanser yang menjalani kemoterapi itu matinya disebabkan kemoterapi bukan kerana kansernya!?

Tidak hairanlah pernah beberapa orang doktor/pakar di beberapa hospital di negara ini datang membawa ahli keluarganya menemui kami untuk melakukan rawatan seperti kanser, jantung dll kerana mereka sendiri sangat arif tentang perkara ini.

Bukanlah tujuan kami di sini ingin merendah atau menolak secara total kaedah moden tersebut tapi sekadar memberikan sedikit info utk direnungi bersama. Pengalaman kebanyakan pesakit memberitahu kami biasanya bila sudah berada di katil wad seseorang itu mudah panik. Bila dicadangkan utk dilakukan 'tebuk, potong, belah, kimo' dsbnya memang selalunya agak susah hendak menolaknya. Maka cubalah bertenang dan jangan mudah panik, berbincanglah bersama keluarga dan kita jualah akhirnya yang buat keputusan bukan pihak lain! Kerana dalam soal seperti ini yang menjadi pertaruhannya adalah nyawa kita atau orang yang kita kasihi bukan pihak lain!

Simptom Penyakit Kronik Sukar di Kesan di Peringkat Awal

AWAS! Antara tanda- tanda kemungkinan besar anda MULA menghidapi penyakit2 seperti ini ialah apabila anda kerap mengalami keadaan tidak selesa pada tubuh badan seperti mengalami gejala perut keras, sebu lagi berangin, panas terkadang terasa bisa- bisa atau seperti sesuatu yang menyucuk-nyucuk atau dada anda sering berdebar- debar, rasa gelisah, mudah semput, mengah atau penat atau sering sakit kepala bersegeralah lakukan pemeriksaan kesihatan. Banyak cara dan kaedah untuk mengesan masalah dan penyakit seperti ini.

Insyaallah, kaedah pemeriksaan 'scanning' kami mampu mengesan sekiranya anda menghidapi penyakit ini sejak di tahap awal lagi. Insyaallah ketepatannya jangan diragukan kerana ia dibuat menerusi kaedah khusus al-Hikmah.

Biasanya result scan itu akan 'seiring' dengan realiti seseorang yang di scan itu. Namun demikian bukanlah semua penyakit dapat dikesan menerusi kaedah ini. Hanya penyakit 'major' yang tertentu sahaja dapat dikesan khususnya kanser perut, usus, rahim, paru-paru, tumor, apendiks, masalah jantung, tairoid dsbnya. Terkadang sakit misteri seperti termakan santau juga dapat dikesan menerusi kaedah ini.

Kami hanyalah sekadar antara yang ingin cuba membantu anda bagi masalah yang di atas dengan izin Allah swt jua.

Mudah-mudahan khidmat kami ini sedikit sebanyak akan memberi manafaat serta dapat menyumbang dalam mempelbagaikan lagi kaedah rawatan alternatif yang sedia ada di negara kita.

والله أعلم

1 comment: