النوى
An-Nawaa adalah satu nama rawatan Quranik yang menggunakan pendekatan kaedah Hikmah. Mungkin terdapat sedikit sebanyak perbezaan antaranya dengan rakan- rakannya yang lain dalam perkara tertentu yang merupakan perkara biasa.
Mungkin antara perbezaan utama kaedah An-Nawaa berbanding yang lain ialah kami lebih merawat penyakit- penyakit fizikal dalaman' seseorang. Sedang rawatan Quranik lain lebih banyak tertumpu soal merawat masaalah mistik, gangguan halus, santau sihir, saka maka dsb.
Dalam kaedah kami antara perkara penting sebelum rawatan dibuat seseorang itu perlulah di'scan' terlebih dahulu mengikut beberapa kaedah tertentu untuk mengetahui penyakitnya serta kombinasi penyakit lain jika ada. Ini kerana biasanya tiap penyakit dalaman itu ada kombinasinya tertentu.
Sebagai contoh ada pesakit jantung yang buah pinggangnya terjejas dan menjadi punca jantungnya menjadi sakit. Ada pula di samping jantung kelenjar tyroidnya bermasalah, ada juga kerana masalah angin di perut atau usus yang kronik seperti gastrik menjadi punca jantungnya sakit. Malah adakalanya berbagai lagi masaalah lain turut menjadi punca sakit jantungnya. Jarang penyakit jantung berlaku tanpa ada kaitan dengan organ dalaman lain yang menyumbang kepada sakit tersebut.
Setelah itu barulah air terapi (penawar) dapat dibuat untuk pesakit tersebut dengan kaedah khusus melalui terapi zikir, doa, hizib, bacaan dan tulisan ayat al-Quran pada piring putih. Insyaallah kami boleh mengesan 60-80% penyakit 'dalaman' seseorang itu dalam masa yang singkat. Kami juga ada memberikan khidmat 'scan' penyakit 'jarak jauh' untuk mengetahui masalah kesihatan 'dalaman' seseorang jika memenuhi syaratnya.
No comments:
Post a Comment