بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله القائل
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْأنِ مَا هُوَ شِفآءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِيْنَ والصلآة والسلام على سيدنا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه الطيبين الطاهرين أجمعين أما بعد
Rawatan ISLAM atau Rawatan 'dibenarkan' ISLAM ?
Hakikatnya 'rawatan Islam' tidak pernah wujud...sebaliknya apa yang ada ialah rawatan 'yang diharuskan Islam' jua! 2 istilah tersebut amat jauh berbeza..maka apa jua bentuk dan kaedah rawatan yang tidak bercanggah dengan Syariat Islam bertujuan utk memulih atau mengubati sesuatu penyakit..maka itulah rawatan yg 'dibenarkan' (diharuskan) Islam..!
Suatu kebiasaan & kekeliruan dalam masyarakat kita hari ini bila rawatan Quranic Healing / 'Ruqyah' yg menggunakan ayat- ayat al-Quran dan doa) telah diistilah dan dianggap sebagai 'rawatan Islam'.....secara tidak langsung kaedah rawatan lain seperti kaedah pemakanan herba, akupuntur, urutan malah cara pembedahan di hospital modern skrg dll dianggap sebagai rawatan 'bukan Islam' @ kafir.??
Kesimpulannya yg ada hanyalah rawatan yg dibenarkan Islam dan lawannya iaitu kaedah2 rawatan yg tidak diharuskan Islam. Rasulullah saw sendiri telah menyebut dalam banyak Hadith Baginda tentang beberapa kaedah rawatan 'yang diharuskan' oleh Islam seperti berbekam, berpuasa, pengambilan bahan- bahan alami seperti madu, cendawan, jintan hitam, bawang putih dll.
Suatu kebiasaan & kekeliruan dalam masyarakat kita hari ini bila rawatan Quranic Healing / 'Ruqyah' yg menggunakan ayat- ayat al-Quran dan doa) telah diistilah dan dianggap sebagai 'rawatan Islam'.....secara tidak langsung kaedah rawatan lain seperti kaedah pemakanan herba, akupuntur, urutan malah cara pembedahan di hospital modern skrg dll dianggap sebagai rawatan 'bukan Islam' @ kafir.??
Rawatan 'yg dibenarkan' Islam amat luas dan banyak kaedahnya..samaada yang berdasarkan wahyu ( al-Quran & Hadith/Thib Nabawi) atau berdasarkan kajian dan percubaan sains. Banyak kaedah rawatan tergolong dalam pengertian rawatan 'dibenarkan' Islam seperti kaedah tradisional Cina yang menggunakan pemakanan herba, kaedah2 akupuntur, urut refleksi, kaedah guna haba atau gelombang, warna dll.
Namun di samping itu Rasulullah saw juga pernah mengajarkan suatu lagi bentuk rawatan lain yg diharuskan islam iaitulah rawatan menerusi ayat/bacaan Al-Quran, Ruqyah (jampi) dan doa- doa tertentu. Kaedah perubatan yang berdasarkan ajaran dan Hadith Nabi saw seperti ini dikenali dengan Thibbun Nabawi.. Kaedah Thibbun Nabawi spt ini juga tergolong dalam istilah 'rawatan yg diharuskan Islam' malah lebih istimewa...!
(nama 'Pusat Rawatan Islam' fulan bin fulan sebenarnya boleh mengelirukan apabila rawatan yang diberikan adalah menggunakan kaedah bacaan al-Quran/Ruqyah/ Hikmah jua. Maka sebaik2nya dinamakan terus dengan nama: 'Pusat Rawatan Ruqyah / al-Quran'/al-Hikmah dsb. Ini bagi mengelakkan salah faham masyarakat kita bahawa hanya cara itulah sahaja 'rawatan Islam' dan yg selainnya adalah rawatan tidak Islamik.)
AL-HIKMAH ( الحكمة)
Hikmah adalah suatu ilmu yang membicarakan bagaimana menyempurna & mengatasi segala keperluan dan masalah kehidupan manusia baik yang menyangkut urusan dunia mahupun akhirat. Soal perubatan pula termasuk salah satu bidang penting dalam Ilmu Hikmah. Ulama yang mempeloporinya dikenali sebagai Hukama'.
Manakala rawatan kaedah hikmah ini dilihat amat sinonim dengan rawatan yg 'dibenarkan' Islam secara umumnya. Ini kerana Ilmu ini juga bersandarkan petunjuk dan asas Syariat di samping itu ia 'diindahkan' lagi dengan anugerah 'ilham' dari Allah swt kepada mereka.
Rawatan secara Hikmah sangat luas merangkumi kesemua kaedah rawatan yg diharuskan oleh Islam. Banyak karya dalam bidang ini ditulis oleh ulama besar seperti Al-Ghazali, Al-Buuni, Al- Jauzi, As-Suyuthi dll yang tidak terhitung jumlahnya.
No comments:
Post a Comment