Seperti dijelaskan bahawa rawatan secara Quranik tergolong dalam kaedah Hikmah dan Islam malah ia memiliki ciri- ciri khusus. Ia bersifat holistik berbanding rawatan Islam lain.
Sesetengah ulama ada yang mendapat anugerah Rabbaniyyah seperti yang disebutkan tadi sebagai suatu pertolongan Allah dalam melakukan sesuatu amalan hikmah. Bagi kita yang mempercayai adanya Ilhaam, Karomah dan Ma'unah (iaitu anugerah pertolongan Allah swt bagi hamba- hambanya yg soleh) perkara ini tidaklah asing lagi.
Rawatan mengunakan al-Quran mempunyai berbagai pendekatan dan kaifiat. Antaranya ada yang dibacakan ayat/ surah tertentu kepada pesakit secara langsung. Ada pula yang dibacakan pada benda/ objek tertentu seperti air,minyak dsb.
Ada pula yang ditulis di atas pinggan, piring putih atau kertas dsb dengan menggunakan tinta suci tertentu kemudian dilarutkan dengan air (samada untuk diminum, disapu atau dimandi oleh pesakit) dan beberapa cara lagi.
Biasanya pada setiap kali rawatan disertakan pula dengan Ruqyah (jampi), zikir- zikir, selawat dan doa- doa tertentu.
Dalam sebuah Hadith Nabi saw menyebutkan:
الفاتحة شفاء من كل داء - روا ه مسلم
“ Al- Fatihah itu adalah penawar bagi semua penyakit ”- (riwayat Muslim) dan juga sabda Baginda :
خير الدواء القرءان- رواه ابن ماجه
Semua ini sesuai dengan ayat 82 Surah al- Isra’ yang menyatakan Al-Quran itu diturunkan sebagai Syifaa’ (penawar) dan Rahmat bagi kaum mukminin. Rawatan dengan al-Quran mempunyai kaifiat dan rahsia tertentu. Ilmu ini diperolehi menerusi bimbingan dan 'pengijazahan' dari seseorang guru.
Namun ia bukanlah suatu yang sukar untuk dipelajari. Banyak kitab peninggalan para Hukama’ silam yang boleh dijadikan rujukan dan panduan. Namun dewasa ini agak kurang yang boleh membimbing dan mengajar kitab dan ilmu tersebut. Oleh itu tidaklah semua yang bergelar ustaz mesti tahu dan mampu mempraktikkannya kerana ilmu seperti ini jarang dijadikan kursus di universiti kecuali sekadar menelaahnya secara 'sambil lalu' sahaja.
Sewajarnya kita merujuk dan bertanya kepada mereka yang ahli di bidang tersebut jika ada sebarang kemusykilan yang timbul. Maksud Firman Allah swt :
“ Bertanyalah kamu kepada ahli sesuatu perkara itu jika kamu tidak mengetahui.."
(Bak kata pujangga "manusia suka memusuhi apa yang ia tidak tahu". Maka sering kita dapati si fulan menyalah, mem'bid'ah' atau menyesatkan si fulan yang lain semata-mata kerana ada suatu perkara yang ia kurang tahu atau fahami sebaiknya. Apalagi jika ada sesuatu kelebihan itu ia sendiri tidak boleh lakukan. Umpama seseorang yang tidak mampu mendaki gunung yang tinggi akan mengatakan kepada orang lain bahawa kerja tersebut adalah pekerjaan sia-sia atau merbahaya semata-mata kelemahannya mendaki gunung itu jua. Walhal dalam kitab- kitab ulama/hukama silam sarat dengan bermacam-macam hikmah, keajaiban dan kehebatan yang boleh diperolehi melalui berkat & mukjizat al- Quran itu sendiri)
No comments:
Post a Comment