Seperti dijelaskan bahawa rawatan secara Quranik tergolong dalam kaedah Hikmah dan Islam malah ia memiliki ciri- ciri khusus. Ia bersifat holistik berbanding rawatan Islam lain.
Sesetengah ulama ada yang mendapat anugerah Rabbaniyyah seperti yang disebutkan tadi sebagai suatu pertolongan Allah dalam melakukan sesuatu amalan hikmah. Bagi kita yang mempercayai adanya Ilhaam, Karomah dan Ma'unah (iaitu anugerah pertolongan Allah swt bagi hamba- hambanya yg soleh) perkara ini tidaklah asing lagi.
Rawatan mengunakan al-Quran mempunyai berbagai pendekatan dan kaifiat. Antaranya ada yang dibacakan ayat/ surah tertentu kepada pesakit secara langsung. Ada pula yang dibacakan pada benda/ objek tertentu seperti air,minyak dsb.
Ada pula yang ditulis di atas pinggan, piring putih atau kertas dsb dengan menggunakan tinta suci tertentu kemudian dilarutkan dengan air (samada untuk diminum, disapu atau dimandi oleh pesakit) dan beberapa cara lagi.
Biasanya pada setiap kali rawatan disertakan pula dengan Ruqyah (jampi), zikir- zikir, selawat dan doa- doa tertentu.
Dalam sebuah Hadith Nabi saw menyebutkan:
الفاتحة شفاء من كل داء - روا ه مسلم
“ Al- Fatihah itu adalah penawar bagi semua penyakit ”- (riwayat Muslim) dan juga sabda Baginda :
خير الدواء القرءان- رواه ابن ماجه
“ Sebaik-baik ubat adalah al- Quran ” - ( riwayat Ibnu Majah).