Sunday, October 17, 2010

RAWATAN DENGAN AL-QURAN

Seperti dijelaskan bahawa rawatan secara Quranik tergolong dalam kaedah Hikmah dan Islam malah ia memiliki ciri- ciri khusus. Ia bersifat holistik berbanding rawatan Islam lain.

Sesetengah ulama ada yang mendapat anugerah Rabbaniyyah seperti yang disebutkan tadi sebagai suatu pertolongan Allah dalam melakukan sesuatu amalan hikmah. Bagi kita yang mempercayai adanya Ilhaam, Karomah dan Ma'unah (iaitu anugerah pertolongan Allah swt bagi hamba- hambanya yg soleh) perkara ini tidaklah asing lagi.

Rawatan mengunakan al-Quran mempunyai berbagai pendekatan dan kaifiat. Antaranya ada yang dibacakan ayat/ surah tertentu kepada pesakit secara langsung. Ada pula yang dibacakan pada benda/ objek tertentu seperti air,minyak dsb.

Ada pula yang ditulis di atas pinggan, piring putih atau kertas dsb dengan menggunakan tinta suci tertentu kemudian dilarutkan dengan air (samada untuk diminum, disapu atau dimandi oleh pesakit) dan beberapa cara lagi.

Biasanya pada setiap kali rawatan disertakan pula dengan Ruqyah (jampi), zikir- zikir, selawat dan doa- doa tertentu.

Dalam sebuah Hadith Nabi saw menyebutkan:
الفاتحة شفاء من كل داء - روا ه مسلم
“ Al- Fatihah itu adalah penawar bagi semua penyakit ”- (riwayat Muslim) dan juga sabda Baginda :
خير الدواء القرءان- رواه ابن ماجه
“ Sebaik-baik ubat adalah al- Quran ” - ( riwayat Ibnu Majah).

KAEDAH RAWATAN QURANIK ANNAWAA

النوى

An-Nawaa adalah satu nama rawatan Quranik yang menggunakan pendekatan kaedah Hikmah. Mungkin terdapat sedikit sebanyak perbezaan antaranya dengan rakan- rakannya yang lain dalam perkara tertentu yang merupakan perkara biasa.

Mungkin antara perbezaan utama kaedah An-Nawaa berbanding yang lain ialah kami lebih merawat penyakit- penyakit fizikal dalaman' seseorang. Sedang rawatan Quranik lain lebih banyak tertumpu soal merawat masaalah mistik, gangguan halus, santau sihir, saka maka dsb.

RAWATAN ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله القائل

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْأنِ مَا هُوَ شِفآءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِيْنَ والصلآة والسلام على سيدنا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه الطيبين الطاهرين أجمعين أما بعد



Rawatan ISLAM  atau Rawatan 'dibenarkan' ISLAM ?

Hakikatnya 'rawatan Islam' tidak pernah wujud...sebaliknya apa yang ada ialah rawatan 'yang diharuskan Islam' jua! 2 istilah tersebut amat jauh berbeza..maka apa jua bentuk dan kaedah rawatan yang tidak bercanggah dengan Syariat Islam bertujuan utk memulih atau mengubati sesuatu penyakit..maka itulah rawatan yg 'dibenarkan' (diharuskan) Islam..! 

Suatu kebiasaan & kekeliruan dalam masyarakat kita hari ini bila rawatan Quranic Healing / 'Ruqyah' yg menggunakan ayat- ayat al-Quran dan doa) telah diistilah dan dianggap sebagai 'rawatan Islam'.....secara tidak langsung kaedah rawatan lain seperti kaedah pemakanan herba, akupuntur, urutan malah cara pembedahan di hospital modern skrg dll  dianggap sebagai rawatan 'bukan Islam' @ kafir.??



Rawatan 'yg dibenarkan' Islam amat luas dan banyak kaedahnya..samaada yang berdasarkan wahyu ( al-Quran & Hadith/Thib Nabawi) atau berdasarkan kajian dan percubaan sains. Banyak kaedah rawatan tergolong dalam pengertian rawatan 'dibenarkan' Islam seperti kaedah tradisional Cina yang menggunakan pemakanan herba, kaedah2 akupuntur, urut refleksi, kaedah guna haba atau gelombang, warna dll.

Kesimpulannya yg ada hanyalah rawatan yg dibenarkan  Islam dan lawannya iaitu kaedah2 rawatan yg tidak diharuskan Islam. Rasulullah saw sendiri telah  menyebut dalam banyak Hadith Baginda tentang beberapa kaedah rawatan 'yang diharuskan' oleh Islam seperti berbekam, berpuasa, pengambilan bahan- bahan alami seperti madu, cendawan, jintan hitam, bawang putih dll.


Namun di samping itu Rasulullah saw juga pernah mengajarkan suatu lagi bentuk rawatan lain yg diharuskan islam iaitulah rawatan menerusi ayat/bacaan Al-Quran, Ruqyah (jampi) dan doa- doa tertentu. Kaedah perubatan yang berdasarkan ajaran dan Hadith Nabi saw seperti ini dikenali dengan Thibbun Nabawi.. Kaedah Thibbun Nabawi spt ini juga tergolong dalam istilah 'rawatan yg diharuskan Islam' malah lebih istimewa...!

(nama 'Pusat Rawatan Islam' fulan bin fulan sebenarnya boleh mengelirukan apabila rawatan yang diberikan adalah menggunakan kaedah bacaan al-Quran/Ruqyah/ Hikmah  jua. Maka sebaik2nya dinamakan terus dengan nama: 'Pusat Rawatan Ruqyah / al-Quran'/al-Hikmah dsb.  Ini bagi mengelakkan salah faham masyarakat kita bahawa hanya cara itulah sahaja 'rawatan Islam' dan yg selainnya adalah rawatan tidak Islamik.)

AL-HIKMAH ( الحكمة)
Hikmah adalah suatu ilmu yang membicarakan bagaimana menyempurna & mengatasi segala keperluan dan masalah kehidupan manusia baik yang menyangkut urusan dunia mahupun akhirat. Soal perubatan pula termasuk salah satu bidang penting dalam Ilmu Hikmah. Ulama yang mempeloporinya dikenali sebagai Hukama'.

Manakala rawatan kaedah hikmah ini dilihat amat sinonim dengan rawatan yg 'dibenarkan' Islam secara umumnya. Ini kerana Ilmu ini juga bersandarkan petunjuk dan asas Syariat di samping itu ia 'diindahkan' lagi dengan anugerah 'ilham' dari Allah swt kepada mereka.

Rawatan secara Hikmah sangat luas merangkumi kesemua kaedah rawatan yg diharuskan  oleh Islam. Banyak karya dalam bidang ini ditulis oleh ulama besar seperti Al-Ghazali, Al-Buuni, Al- Jauzi, As-Suyuthi dll yang tidak terhitung jumlahnya.

MISI RAWATAN ANNAWAA

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله وحده والصلاة والسلام على من لا نبي بعده
والسلام عليكم ورحمة الله و بركاته


Saudara pengunjung yang dikasihi, dewasa ini penyakit kanser dan gejala serangan jantung merupakan 'the top silent killer' zaman ini. Di mana ramai orang tanpa mengira usia termasuk yang terkenal mati 'secara mengejut' ( موت الفجاءة ) kerana penyakit ini. Kejadian mati mengejut/mendadak seperti ini sememangnya telah disebut dalam hadith Nabi saw sebagai tanda dan realiti akhir zaman. Walaupun demikian bagi yang peka dan berpengetahuan kejadian mati seperti ini mungkin dapat dikurangkan.

Benar, memanglah soal kematian berlaku bila sudah tiba ajal. Namun bukankah tiap suatu itu bersebab? Bukankah kehidupan dunia ini dipenuhi hukum sebab musabab?

Tujuan utama kami ialah ingin menimbulkan kesedaran peri pentingnya pengetahuan dan kepekaan kita tentang gejala dan tanda- tanda awal penyakit 'silent killer' ini sekaligus tentang kaedah rawatan manakah yang seharusnya dipilih.

Banyak kejadian di mana seseorang itu tahu dirinya menghidapi kanser atau masalah jantung setelah penyakit tersebut berada di tahap agak serius atau parah. Ini berlaku kerana diperingkat awal gejala tersebut berlaku mungkin kerana kita tidak tahu maka kita jarang ambil peduli dan serius untuk membuat pemeriksaan apalagi membuat rawatan. Maka tahu- tahu sahaja ia sudah serius atau parah!

Jika anda sememangnya adalah salah seorang penghidap penyakit kronik seperti ini maka janganlah berputus asa. Sebenarnya anda belum menemukan lagi jodoh rawatan yang sesuai. Berikhtiarlah sedaya mungkin dengan mana-mana kaedah rawatan yang diyakini tidak punyai sebarang risiko atau kesan negatif.

Janganlah mudah panik lalu terus menerima 'cadangan' supaya dilakukan sesuatu rawatan berisiko tanpa mengkaji atau memastikan kesan buruk baiknya terlebih dulu. Melainkan jika anda benar- benar telah yakin akan tiadanya kesan negatif atau risiko buruk dari rawatan tersebut.

Pengalaman Rawatan di An-Nawaa:

Di sini kami ingin berkongsi cerita dengan anda tentang kesah benar yang kami alami sendiri dari pengalaman merawat berbagai pesakit yang datang menemui kami. Mudah- mudahan sedikit sebanyak dapat memberikan suatu manfaat & iktibar buat kita bersama:-